Monday, February 7, 2011

Disclaimer



Mari Mulakan Sesuatu!

Sebenarnya, aku dapat benda ni pun dari sebuah buku yang aku baca 20 tahun dulu kat sebuah perpustakaan bergerak. Memang sejak dari kecik aku nak buat benda ni tapi sebab aku pemalas dan sibuk dengan menelaah pelajaran ajer, aku parking dulu. Sekarang adalah masa yang paling sesuai dan aku harap ia akan menjadi.

Ia takkan menjadi jika ia tak mendapat sokongan dari korang semua. Kenapa korang kena menyokong? Dahlah takdapat sesen pun duit iklan tu. Baik korang buat korang punya sendiri ajer, ye tak? Sukatilah. Tapi jika korang jumpa lagi benda yang macamni selain dari yang ni, maka korang taulah sipencipta tu dapat dari mana, hehehe.

Sebetulnya aku nak buat benda ni kat aderberani.blogspot.com. Tapi memandangkan blog aku yang ini akan mula bersawang, maka aku buatlah kat sini.

Konsep dia simple ajer. Korang kena buat sambungan cerita yang korang baca tu ikut kehendak korang. Tricknya dalam dunia blogging ni pulak ialah, setiap pilihan yang korang buat tu, akan disambung oleh kawan yang korang tag. Korang kena bagitau diorang yang diorang kena sambung benda ni. Korang nak tag blog korang yang lain dulu pun boleh. Nak fight lagi, orang yang anda tag itu mestilah kawan baru. Tapi sebab aku malas, aku mulakan ajer dengan kengkawan blogging aku...hehehe...

Sukatilah nak buat cerita dalam bahasa apa, panjang ke pendek, mengarut atau series, apa saja. Tapi, anda kena taruk cerita penuh kat bawah entry anda dan sembunyikannya dengan taruk butang 'read more'. Anda digalakkan taruk cerita asal dari mula hinggalah ke cerita anda, tapi kalau benda ni jadi, nantik orang last nantik siksa, cukuplah sekadar dengan meletakkan cerita setakat yang relevan ajer. Tapi disclaimer ni kena taruk. Kang orang tak paham amender yang sedang berlaku. Benda ni korang boleh tanya kemudian kalau tak paham.

Untuk menjaga authenticity, kita wajibkan setiap penyambung entry ini meletakkan gambar di bawah. Hehe. Tak suka dengan gambar tu? Maafkan aku tapi, aku kan cam-whore? Standard lar...hehehe.

Sebaik-baiknya, korang hubungilah aku jika korang dah terlibat dengan benda ni dan aku akan menghubungi korang dengan secepat yang lojik.

Jadi, kita akan tengok setakat mana perkembangan cerita yang kita mulakan tu dan semoga kita semua saling menghormati antara satu sama lain...





Sila klik ke sini kalau nak mula.


6 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

owh, ni mmg tag yg kena tag la ni ek? kena buat la ek? oooo.. tp mcm x brp nk paham bab2 nk paste tu. ok, xpe..buat dulu ek.

Irwan said...

thanks, chirpy. ur the best

Anonymous said...

teringat masa kecik dlu buat benda ni dlm satu buku tebal...then pass satu klas buat.. huk.. sy berpura2 tak penah baca dari mula.. *_*

una berry said...

sebenarnya saya pun xfaham :D
memang lampi sket lah

Menusuk Hati said...

Assalamualaikum pakcik..tol x apa cheq buat ni...boleh tengok kat sini

Miss EZ said...

ohh cmtu...nmpknye jd mangsa gk ni..tp mcm mne??otak ni mcm xleh nk pk..buat satu crita based yg tu kt blog sndri ke?