Monday, February 7, 2011

Aku Nak Berenti Kerja



Aku selalu kena basuh dengan tauke. Dia kata aku ni lembab dan buat kerja terhegeh-hegeh. Dah dia yang kasi kerja banyak dan rumit-rumit kat aku, sapa suruh? Dah tu, tengah aku buat ni, dia suruh tu. Tengah aku angkat tu, dia pesan jangan lupa buat yang ni. Huru haralah kepala hotak aku ni. Semua nak kena buat. Aku dah fedap. Aku berangin.

Aku tengah membengkokkan besi 3suku hollow nak buat design grill projek Rokan 2 tengahari tu. Tetiba tauke datang dengan muka bengis. Dia mengaum-ngaum pasal customer yang marah dia sebab awning yang kami pasang minggu lepas tu kabarnya bocor. Aku tarik muka buat taktau. Bukan bab aku. Tu bab budak-budak yang pasang awning lah. Aku welder. Apasal pulak tauke nak mengamuk-ngamuk kat aku?

Dah tu dia semakin menjadi-jadi pulak tengok muka aku. Aku pun apa lagi, menjawablah. Dia lagi naik hangin bila dia dengar aku jawab itu bukan kerja aku. Dapatlak yang tukang pasang awning dalam projek yang tu haritu, adalah adik dia yang lepasan U tu. Emolah dia kejap. Tangtang tu lah di nak hungkit cerita lama. Siap icing dengan cerita aku mintak advance masa takde duit nak beli susu anak aku dulu. Aku buat practice swing tennis dengan besi hollow yang bengkok macam pencangkuk tu, cuba mengalihkan api kemarahanku ke arah bumi.

Mamat tu tak jugak berenti membebel. Siap main tuing-tuing bahu aku lagi. Mataku terasa barai dek marah. Telingaku mula berdesing. Aku menguatkan grip pada batang besi. 

Aku...





9 comments:

Dark Half said...

puyyohhh...blog baru lagik

kalau kau masih bekerja lagi harini, aku rasa kau pilih B. tapi pun boleh jadi..hehe..sabar2

fak wed verifikesyen

eszol raar said...

1st time masuk sini

thx to dark

karl said...

aku sambung lepas Dark

http://karlbossblogging.blogspot.com/2011/02/sambung-cerita.html

Dark Half said...

lupa nak ckp. aku dah langsaikan hutang tag XD

http://sorrow-graphic-novel.blogspot.com/2011/02/budak-welding-aku-nak-berenti-kerja.html

Irwan said...

hey...thanks karl, dark, chirpy, alll....


mesti best bila aku baca bila tua...

Jejentik said...

aku pilih C...
kalau hari2 kena torture dgn bos siapa boleh tahan beb..sabar pun ada limit dia..

Dark Half said...
This comment has been removed by the author.
ghost writer said...

ko nak suh aku sambung citer nih ker...alaweh..haha.aku cari point dulu k...

una berry said...

pak cik, orang dah buat dah okay?