Tuesday, January 10, 2012

Aku Budak Welding jer

Ye, aku budak welding. Arka, TIG, MIG, grinder, sumer tu adalah bahan mainanku. Awning, grill, segala projek yang melibatkan besi adalah makananku. Kita boleh set appointment kalau kau nak mintak quotation. Kau boleh call ajer aku bila grill wrought iron tingkap kau di potong dek pencuri. Aku akan datang berlari nak mendapatkan seringgit dua duit dari mu. Tapi...

Apasal kau memandang rendah pada aku dan rakan-rakan sepertiku?

Tuesday, February 15, 2011

Mari Tolong Sambung cerita ini

Berikut adalah entry-entry yang memerlukan bantuan untuk disambung. Kepada sesiapa saja, bolehlah berhubung terus dengan tuan tanah blog yang di senaraikan jika berminat untuk menyambungnya.

Segala kesulitan dan sokongan didahulukan dengan seribu nota jingga dan sekeping
kipapdegudwerk



Link yang dah siap akan disiarkan di blog ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda! Banyak data yang berfaedah yang dapat aku pelajari dari latihan ini. Nantik aku update blog ni dengan benda-benda tu semua. 

sekali lagi diingatkan agar orang yang dah buat entry ini, bila dah tag orang tu, bagilah tau kat dia yang dia telah di tag. Tidak digalakkan sangat kita biarkan ajer entry kita tu dengan ajakan: "sesiapa yang baca sila sambung dan taruk link di ruang komen". Kat Malaysia ni takde sense of ownership so jangan haraplah nak disambung...

Sangat digalakkan agar korang men troll orang yang korang dah tag tu. Inilah falsafah dalam membuat entry nak berenti kerja ni. Bila kita men troll mangsa tag kita tadi, ini membuktikan bahwa kita ni memang dah takde keja dan memang carik pasal nak kena berenti kerja kalau buat benda ni semua time waktu pejabat. Pakai komputer akak receptinoist laktu! Hehehe...


Anyway, aku terima kasih sekali lagi nak kasi complete 3 kali.

Keep em coming, guys!

Lets save the blogosphere!





THANKS!!!!

Abang Joni sambung weyhhhh!!!

Monday, February 14, 2011

Buletin

Tag Al dah menjadi.

Tag Cik Chirpy, Cik Tusukan Hati dah sambung...

Dan yang paling gempak harini: TUAN GURU BESAR pun dah kena..

Wakenabeb!

Hahahaha..

Thanks. guys!


p/s: Eszol ni memang nak kena ni..

Friday, February 11, 2011

Buletin: Thanks!!!

Thanks to ESZOL dan AL.
Al dapat markah penuh. Maklumlah budak baru lepas grad.
Otak dia fresh lagi dalam memahami kehendak soalan.
Aku tau. Tu sebab aku kata Al budak form five.

Eszol memilih untuk mati cepat. Takper. It's your choice.

Aku terkilan dengan KARL. What happend? Rilek...

Dan thanks to Dark yang mendedahkan wet dream Hiro...Hahaha. Aku suka!

Buletin: Thanks to supporters!




Salam semua!
Aku tengok IA mula bergerak...bagus. nanatik aku update lagi blog ni bagi ia interesting. sekarang aku takde masa. nak tekan shift nak kasi huruf besar pun malas...typing marathon bak kata darkhalf...
Ada beberapa ekor yang degil macam eszol. mungkin ada yang tak perasan macam Along Tapa, atau yang kat blog karl, dan cik chirpy. aku tolong mana yang mampu...
apapun, macam yang aku dah cakap kat disclaimer, korang kena bagitau orang yang kau tag tu bahawa mereka telah di tag. bagi url sekali kat ruang komen. diorang tak jawab, spam dua tiga hari...tak jalan gak, well..tag la orang lain...
sebaiknya, tuan punya entry memastikan 3 pilihan mereka ber linkage. Baru betul.
bukannya buat contest dan lepas tu harap 1000 hamba akan cari 1000 blog untuk dia..
dia lepak main dslr...dasar ben10...eh?....hehehe

Monday, February 7, 2011

Aku Nak Berenti Kerja



Aku selalu kena basuh dengan tauke. Dia kata aku ni lembab dan buat kerja terhegeh-hegeh. Dah dia yang kasi kerja banyak dan rumit-rumit kat aku, sapa suruh? Dah tu, tengah aku buat ni, dia suruh tu. Tengah aku angkat tu, dia pesan jangan lupa buat yang ni. Huru haralah kepala hotak aku ni. Semua nak kena buat. Aku dah fedap. Aku berangin.

Aku tengah membengkokkan besi 3suku hollow nak buat design grill projek Rokan 2 tengahari tu. Tetiba tauke datang dengan muka bengis. Dia mengaum-ngaum pasal customer yang marah dia sebab awning yang kami pasang minggu lepas tu kabarnya bocor. Aku tarik muka buat taktau. Bukan bab aku. Tu bab budak-budak yang pasang awning lah. Aku welder. Apasal pulak tauke nak mengamuk-ngamuk kat aku?

Dah tu dia semakin menjadi-jadi pulak tengok muka aku. Aku pun apa lagi, menjawablah. Dia lagi naik hangin bila dia dengar aku jawab itu bukan kerja aku. Dapatlak yang tukang pasang awning dalam projek yang tu haritu, adalah adik dia yang lepasan U tu. Emolah dia kejap. Tangtang tu lah di nak hungkit cerita lama. Siap icing dengan cerita aku mintak advance masa takde duit nak beli susu anak aku dulu. Aku buat practice swing tennis dengan besi hollow yang bengkok macam pencangkuk tu, cuba mengalihkan api kemarahanku ke arah bumi.

Mamat tu tak jugak berenti membebel. Siap main tuing-tuing bahu aku lagi. Mataku terasa barai dek marah. Telingaku mula berdesing. Aku menguatkan grip pada batang besi. 

Aku...